Don't feel like writing in english today. I'll switch the language for today, ne. Kan bahasa itu jiwa bangsa. Tapi kalau nahu pun lintang-pukang, apa yang bahasa? Apa yang jiwa bangsa? Pedulikan. Itu definitely not the main point for this entry.
Kalau nak cakap pasal kehidupan, hidup itu tidak akan lengkap tanpa keluarga, kegembiraan, kasih sayang, persahabatan dan banyak lagi unsur-unsur bahagia. Tapi siapa kata hidup itu lengkap tanpa air mata, dugaan, pertelingkahan, kesedihan dan semua aspek-aspek "gelap" dalam hidup?
Siapa yang dalam hidup ni tidak pernah rasa kehilangan? Bohong kalau sesiapa yang kata dia tak pernah kehilangan atau paling kurang rasa kehilangan. Kita selalu rasa sedih bila ditinggalkan. Tapi pernah tak kadang kita terfikir, mungkin orang yang memilih untuk pergi itu lebih sedih daripada orang yang ditinggalkan? Mungkin ya, mungkin tak. Terpulang pada individu untuk menilai sendiri siapa yang lebih sedih, yang meninggalkan atau yang ditinggalkan?
Ada orang cakap dalam hidup, bila-bila pun kia boleh buka lembaran baru asalkan kita sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa dalam menghadapi ujian. Tapi, bila kita buka lembaran baru, macam mana dengan lembaran yang lama? Tinggalkan macam tu saja atau mungkin jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar dalam menghadapi masa depan yang cabaran dan dugaan sentiasa mengintai peluang untuk menguji lembaran hidup manusia? Dah tu, macam mana pula kalau kita nak buka lembaran baru kerana lembaran yang lama tu terlalu banyak diisi dengan episod-episod duka? Entah. Sekali lagi, mungkin terpulang pada individu untuk menilai apa yang patut dan apa yang tidak.
Bila kita dalam keadaan sedih, kita banyak mengeluh. Tapi kenapa bila kita gembira, kita jarang ucapkan syukur? Kerana manusia itu mudah lupa. Kadang kita rasa kita susah, tapi kita selalu terlupa sebenarnya ramai yang lebih susah di luar sana. Kadang kala kita rasa kurang, tapi kita selalu terlupa sebenarnya ramai yang lebih kekurangan di luar sana. Kadang kala kita rasa sunyi, tapi kita selalu terlupa, sunyi itu sebahagian daripada hidup dan kehidupan kita selepas ini, bukankah kita keseorangan? Tanpa teman, sanak-saudara dan rakan. Jadi mengapa takut untuk berasa sunyi? Takut untuk berasa keseorangan dan ditinggalkan atau meninggalkan?
Entry ni memang dah melompat-lompat dari satu perkara ke satu perkara yang lain kan? Isi berterabur, ayat pun tak kurang beza pun. Kenapa? Entah.
I might not be a good daughter to my parents. Might not be a good sister to my siblings. Might not be a good friend to my friends. Might not be a good citizen for the country. But everyday I try to be a better person from yesterday. If it is still not enough, please forgive me. I'm still trying and will always try because I believe every moment we try to be a better person, God is always there to help us. May God bless all of us.
| sheera September 11, 2008 09:11 PM PDT haha.entri bulan puasa mmg begini ,mungkin. and finally a long update. XD XD | ||
| Leave a Comment: |
| << September 2008 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | |
| 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||